Tuesday, December 23, 2014

Blessing

Thank you.

Tanpa kau, tak mungkin aku 
jumpa lelaki, sekarang bergelar suami.
jumpa kenalan, sekarang bergelar teman akrab.
jumpa maruah diri, dulu hilang dipijak kamu.
jumpa kekuatan diri, dulu lemah digenggam kamu.


Dengan kau;
Mungkin sampai sekarang aku tak punya hobi.
Mungkin sampai sekarang aku asyik membontoti.
Mungkin sampai sekarang aku tak ada kekasih hati.

Dasyat.

Perancangan Tuhan memang semua ada sebab.



Friday, May 23, 2014

Kota Setan

Huish Amsterdam.
Kota halal segala dosa.


Ada duit, kau dapat betina.
Petik api, kau hisap ganja.

Syurga dunia.

Tapi aku, pergi tengok bunga.

Tulip-tulip, tengok sampai mata tak berkelip.

Satu hari suntuk sahaja di sana, mana cukup untuk berjimba.

Rahmat terselindung kurniaanNya.









Coti

ketok ketik ketok ketik
bunyi keyboard.
suara rakan sekerja
bercakap Mandarin, jelas dan nyaring tapi asing.

malas malas malas
suara batin menjerit
tiada siapa simpati
tiada siapa ketahui.

tolong..
hanya badan aku di sini
jiwa ku kesana-kemari

tolong..
aku mau cuti.

Originally posted in http://pekiklolong.blogspot.com/2010/12/coti.html

Bingung Bengong

Kamu poet agung
Puisimu buat ku bingung
Lalu aku mencangkung

Berak hijau
Kerna tadi aku makan kangkung
Baunya menusuk hidung

Aku dikatakan berbakat
untuk menusuk kalbu
malangnya hanya bau itu
yang menusuk

Meluat ku padamu
Tidak kerna kamu kuat
Tapi kerna
Aku tak bisa melepaskan mu sang sahabat.

Originally posted in http://pekiklolong.blogspot.com/

THURSDAY, OCTOBER 8, 2009

Kangen Sama Orang Tua Aku

Aku rindu emak
aku rindu ayah

Hari-hari aku telefon
hanya untuk dengar suara mereka
makan apa hari ini bapa?
buat apa hari ini emak?

aku tiada harta mau kongsi bersama
tapi aku ada kasih sayang dan doa
aku harap itu cukup buat mereka bahagia.

ayah, emak, jangan pergi sebelum aku ok?

Originally posted  in http://pekiklolong.blogspot.com/

TUESDAY, NOVEMBER 10, 2009

Pembuat Onar Tanpa Nama

hey bangsat
kau memang palat
kau berani baling batu tapi sembunyi tangan
kau berani kentut tapi kau buat diam-diam
kau calit tahi kat rumah orang
kau biadap!

berani bersuara
tunjukkan rupa!

buka pekung manusia
tapi
kau itu siapa?

aku benci orang tanpa nama

aku benci anonymous.

Originally posted in http://pekiklolong.blogspot.com/
TUESDAY, DECEMBER 1, 2009

Thursday, May 8, 2014

Susu Ibu

anak kecil itu
menunggu aku di muka pintu
saat aku tiba, dia meluru
merayu-merayu, meruntun kalbu, tak tau malu
"mama nak t*t*k"
selamba badak depan bapa mertuaku.

Hashtag?

Dalam keramaian
Dalam hiruk pikuk
Dalam kesesakan
cantikkan muka, buntangkan mata
muncungkan bibir, perasan Angelina

"eh chop, ada sayur terselit di gigi'

Ok one two three

Ayuh kita selfie.

Revolusi?

kita dulu, wahai perempuan,
tak pernah ada dalam bayangan,
hidup anak, makan anak, tidur pun anak,
semuanya bercerita pasal anak.

kita dulu,
keluar malam, balik tak tentu lagi,
naik Genting pukul dua pagi,
pergi karaoke nyanyi-nyanyi,
suara sumbang apa peduli,
kita dulu, semangat muda mudi.

Kita dulu, meroyan tak henti,
Gaduh dengan pasangan, bawak diri pergi PD,
Nak bunuh diri, tidur di landasan keretapi,
Bila bercinta kemain bulan bintang jadi saksi,
Kawan-kawan tengok  menyampah nak mati.

Kita yang kini, apa dah jadi?
Dulu berseronok apapun tak peduli,
Sekarang nak  pi mana semua tanya suami,
“sayang bole tak I pergi? Kalau u tak bagi, I duduk je la sini”

Kita kini, baru 5 minit tak jumpa anak,
Kat facebook canang dah rindu bau masam berak,
Upload gambar anak tidur bawah ketiak,
“Ya anak aku comel, anak kau hado tak?”

Kita yang kini,
Sembang dengan anak,
"Oh anak, janganlah kamu berani nak derhaka kelak"
Sembilan bulan aku kendong kamu, 
Muntah-muntah loya anak tekak,
Habis muka kaki jadi bengkak,
Sakit belakang tidur pun luak.
Tau tak aku susah payah beranak,
Contraction tu datang tak agak-agak,
Doktor selamba seluk selak,
Aku teran, tekan, sampai terberak-berak,
Doktor gunting jahit, nurse selamba gelak-gelak.

Bila selalu berpesan-pesan
mula la teringat kisah silam
Apa yang kita buat, perasaan emak pernah ke kita heran?
Sekarang takut balasan Tuhan;
Mana-mana perangai aku yang setan;
Mohon pada Tuhan untuk anak aku; tolong dijauhkan.

Kalau mak masih ada
aku ni masihkah anak yang alpa?
leka terlupa, sibuk dengan kerja?
sering asyik dengan dunia?
kalau mak masih ada,
hari ini aku bagaimana?
selalu jengok mak, kasi mak gomol cucu?
picit kepala mak, bila mak mengadu?
cium rambut mak, sengaja ambil bau
bau masam, jadi wangikah bagi aku?

Kalau mak masih ada..

Sudah sudah sudah
Hentikanlah "kalau kalau" pengganggu jiwa gundah
Bila resah, itu dia Al-Fatihah
Sedekah lah, sebagai menemani arwah.



Kita kini, bukan lagi penting diri.

Indah kehidupan bekerja

bosan 
bosan bosan bosan
hati jerit bosan
tangan tetap tekan
tekan ini papan

anak kena suap
aku kena berhenti menguap
hati kena kuat


otak, terus kerja.

malam, waktu kita.